Saturday, 4 August 2018

Sakit sendi rahang menyerang!

Hai assalamualaikum..... 

Hari ni Miza nak share kan topik berkaitan sakit sendi rahang. Sebab Miza juga sendiri alami. Boleh dikatakan 75% daripada kita alami dalam kehidupan. Penyakit ini tidak memilih mangsa sebab ia boleh menyerang semua golongan peringkat umur daripada usia seawal 12 tahun sehingga mencecah lewat 70-an. Majoriti pesakit yg mengalami masalah ini ialah wanita yang berusia di antara 20 hingga 40 tahun.

Kebanyakan yang mengalami masalah seperti ini akan mengadu sebab terlalu banyak duduk menggunakan komputer, stress, pernah mengalami kecederaan pada bahagian muka, sakit pada bahagian leher dan bahu, suka mengetap gigi dan mengunyah gigi pada waktu malam. Mereka juga akan mengadu sakit kepala, leher dan bahu serta sakit pada kawasan telinga, tidak boleh membuka mulut dengan luas, dan sendi berbunyi apabila membuka mulut. Gigi pesakit juga tampak haus, agak rata bergerigi dan ngilu/sensitif.

Boleh dikatakan kebanyakan masalah sendi rahang ini akan pulih sendiri dan tidak menjadi teruk. Rawatan selalunya melibatkan memberi nasihat kepada pesakit untuk mengurangkan stress, urutan pada bahagian yang sakit, meletak ‘cold ice pack’ pada kawasan yang sakit, betulkan kedudukan badan semasa membuat kerja. Selain itu, tabiat seperti menggigit pensel, mengetap gigi atau mengunyah gigi hendaklah dielakkan. 

Namun, jangan risau kerana sakit sendi rahang tidak berbahaya. Segera dapatkan rawatan daripada doktor!

Pengalaman Miza sendiri pernah sakit sendi rahang. Bagaimana boleh terjadi pada Miza? Seingat Miza waktu tu tahun 2007, waktu Miza tingkatan 1. Biasalah kan duduk asrama, lepak-lepak dengan kawan dalam bilik menyembang. Miza tumpang dagu pada peha kawan Miza (Miza dalam posisi baring) sekali kawan Miza tak dapat kawal gelak, mestilah ada reaksi pada tubuh kan bergerak-gerak. Kepala Miza tergerak dan terasa "papp!" bahagian tulang rahang. Memang berdesing sakit! Memang rasa rahang teralih sebab setiap kali nak bukak mulut akan terasa rahang berlaga.

Mula-mula memang sakit, tapi dah lama-lama okay je. Mungkin da adapt kot. Masuk pulak tahun 2016, Miza dah mula rasa sakit balik bahagian rahang. Ada satu haritu, Miza baru bangun tidur, ya Allah.... sakit gileeeeee bahagian rahang. Nak bukak mulut sakit, berdenyut-denyut. Nak makan susah, rasa nak menangis. Terus pergi klinik. Sakit bahagian rahang, kita akan diarah untuk consult di bahagian pergigian.

Miza cakap-cakap dengan doktor apa yang Miza rasa dan alami. Bayangkan la dari 2007 tapi 2016 baru rasa effect tu. Lepastu doktor suruh Miza bukak tutup mulut. Rupa-rupanya rahang Miza dah teralih. Bila bukak mulut, dagu akan bergerak ke kanan. Means rahang Miza problem la kan. So, doktor ada tunjuk satu exercise untuk betulkan balik rahang. Masa buat exercise tu, sambil tangan pegang pada satu 'point' kat rahang (tulang dekat depan telinga) memang terasa 'tap tap' berlaga.. Sakit weyhh... 

Doktor arahkan buat exercise dalam 15 minit bila bangun pagi dan sebelum nak tidur sebab waktu tu tisu rahang tengah lembut. So senang nak betulkan.

Alhamdulillah, sekarang dah okay. Kadang-kadang kalau kita tersalah tidur pun boleh buat rahang sakit tau.

Cara exercise yang doktor tu ajar pada Miza senang je.
1. Nganga mulut sambil pegang rahang dua-dua belah.
2. Lidah sentuh lelangit sambil tutup mulut
3. Ulang selama 15 minit.

Nota kaki: Buat depan cermin supaya boleh tengok rahang tu bergerak straight atau senget. Pastikan gerak straight je tau. Mula-mula buat memang akan sakit sebab nak betulkan kedudukan rahang tu.

Selamat mencuba!




Sumber rujukan
The Malaysian Medical Gazette; Apakah Sebab Sakit Rahang? – Dr Anis Ezrina Feb 2014
Kesihatan, Utusan Online; Sakit Sendi Rahang Mac 2014










Friday, 1 June 2018

As an aquaculture student, UMT

Okay, so here how it goes... 

Puas Miza duk fikir apa sepatutnya entry kali ni.. My second entry, though! Sambil ditemani lagu-lagu Radja (Kumpulan Indonesia; lagu ni zaman-zaman high school dulu weyh, tahun 2007 macam tu takde mp3 lagi. Kau dengar la pakai cd player yang besau gedabak tu hahahah. Thanks to Ina sebab bagi pinjam! Okay, habis dah throwback)

Nak diceritakan macam mana Miza boleh pilih aquaculture field as my degree. Masa tu tengah isi UPU, memang lost habis. Tak tahu nak tanya siapa. Konon-konon nak ambil dentist la, nutrionist la bla bla... Well, to be honest my SPM result bukan la hebat sangat which is taklah teruk sangat. Beshe-beshe je.... So, masa tu dateline dah nak tutup, nak taknak Miza pun google la "peluang pekerjaan yang diperlukan masa depan" ..... hahahah ko ghase? Result google tu memang keluar aquaculture. Miza pun bukan tahu sangat pasal aquaculture ni, memang zero tau! Buat research sikit, oh pasal ikan. Masa tu macam okay jelah kan sebab bapak Miza ada kolam ikan & udang. (Kononnya aku adalah basic sikit kan, eceh).

Jadi untuk course aquaculture tu ada 2 penempatan. 1 dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) & 1 lagi dekat Universiti Malaysia Sabah (UMS). Miza memang pilih dalam Malaysia je senang nak balik apa-apa hal nantikan, Ganu pulak pantai lawa-lawa huhu (I love beach!) Masa kelas pulak, ya Rabbi.... aku belajar apa ni???? hahahaha Genetic, Biochemist, Sains Tanah (tanah pun ada sains tau), Biostatistik.. Oh noo! Sumpah tak faham. Macam ada kaitan ke dohh?  Orang belajar, Miza pun belajar jelah kan. Dah course wajib. Untuk semester 1 & 2 memang mencabar sikit sebab more to teori. Yang dah ada diploma perikanan/akuakultur mungkin la dah terdedah kan. Senang la sikit.



Masuk semester 3 ke atas, alhamdulillah semua okay. Cuma kena fokus dan rajin. Subjek-subjek yang belajar pun, all related to fish la for whole studies. Okay, aquaculture/akuakultur ni amende sebenarnya? Aquaculture/akuakultur ni lagi meluas pasal hidupan laut, research, breed, cara ternak, cara buat makanan ikan (pallet). Ohh bukan ikan je tau, hidupan laut tu termasuk la ketam, udang semua tu. Sumpah seronok belajar pasal ni sebab apa yang kita tahu just 'siang' ikan je nak buat masak. Tapi kita tak tahu pun yang kita boleh kacukkan ikan, do more research, buat eksperimen, tengok parasite dalam ikan/hidupan laut and many more la. Ilmu Allah ni luas tau. Pasal ikan pun orang study (kita lettew). Kalau takde ikan/hidupan laut, korang boleh ke makan ayam/daging je?

Ni pun doktor jugak tau. Pakai labcoat lagi tu. Doktor ikan!

Miza paling suka kalau ada lab. Kau boleh bergerak-gerak kesana-sini dalam makmal sambil buat eksperimen dalam group, sempat lagi membawang, usha crush hahahah.. Tiap kali habis lab kena buat report and mostly report by group la.. and bersedia la dapat ahli group yang suka copycat, yang tak buat kerja, kerja nak mudah je. Akan ada jugak certain member-member kau yang tip-top bab report, buat report memang complete! Btw, tu semua pandai-pandai la uruskan sendiri ye.

Contoh parasite. Jangan tanya nama sebab tak ingat dah hahah.. Ni sample parasite, kitorang kena determined and lukis, buat report semua la. Kalau ada subjek pasal parasite, uolls patut pilih subjek tu. Memang susah tapi sangat bagus kalau belajar.



Tak ingat dah subjek apa ni namanya. Tapi kerja kau memasak, buat nugget, fish fillet semua yang berkaitan dengan ikan la. Penghasilan produk daripada sumber ikan. Bestnye makmal ni sebab lepas masak, kau makan la hasil yang kau masak tu dengan group korang. Group Miza pernah menang sekali jelah dalam 1 semester tu.. okay what. Heheheh



Jangan risau, lelaki perempuan semua kena masak. Hahaha masa ni boleh lah usha crush korang. Pandai ke tak beliau masak. Alhamdulillah, crush Miza pandai masak. Sekarang dah jadi tunang Miza pun dah hehehe


Sorry, ni bukan over excited hokehh.. Ni sebab ada makhluk-makhluk yang suka kacau, sakat kitorang sebab kitorang ni jenis pemalu. Eceh! haha

Sampai ni jelah kot entry kali ni.. Taip panjang-panjang penat jugak setelah berehat lama. Last taip 24 hours masa buat thesis FYP dulu. Banyak lagi nak kongsi kisah menarik masa zaman belajar dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Nanti-nanti kalau rajin Miza share pasal rafting, minggu jalinan mesra umt (mjm), pergi thailand masa study under aquaculture, banyak lagi la.

Okbai.. Assalamualaikum