Saturday 4 August 2018

Sakit sendi rahang menyerang!

Hai assalamualaikum..... 

Hari ni Miza nak share kan topik berkaitan sakit sendi rahang. Sebab Miza juga sendiri alami. Boleh dikatakan 75% daripada kita alami dalam kehidupan. Penyakit ini tidak memilih mangsa sebab ia boleh menyerang semua golongan peringkat umur daripada usia seawal 12 tahun sehingga mencecah lewat 70-an. Majoriti pesakit yg mengalami masalah ini ialah wanita yang berusia di antara 20 hingga 40 tahun.

Kebanyakan yang mengalami masalah seperti ini akan mengadu sebab terlalu banyak duduk menggunakan komputer, stress, pernah mengalami kecederaan pada bahagian muka, sakit pada bahagian leher dan bahu, suka mengetap gigi dan mengunyah gigi pada waktu malam. Mereka juga akan mengadu sakit kepala, leher dan bahu serta sakit pada kawasan telinga, tidak boleh membuka mulut dengan luas, dan sendi berbunyi apabila membuka mulut. Gigi pesakit juga tampak haus, agak rata bergerigi dan ngilu/sensitif.

Boleh dikatakan kebanyakan masalah sendi rahang ini akan pulih sendiri dan tidak menjadi teruk. Rawatan selalunya melibatkan memberi nasihat kepada pesakit untuk mengurangkan stress, urutan pada bahagian yang sakit, meletak ‘cold ice pack’ pada kawasan yang sakit, betulkan kedudukan badan semasa membuat kerja. Selain itu, tabiat seperti menggigit pensel, mengetap gigi atau mengunyah gigi hendaklah dielakkan. 

Namun, jangan risau kerana sakit sendi rahang tidak berbahaya. Segera dapatkan rawatan daripada doktor!

Pengalaman Miza sendiri pernah sakit sendi rahang. Bagaimana boleh terjadi pada Miza? Seingat Miza waktu tu tahun 2007, waktu Miza tingkatan 1. Biasalah kan duduk asrama, lepak-lepak dengan kawan dalam bilik menyembang. Miza tumpang dagu pada peha kawan Miza (Miza dalam posisi baring) sekali kawan Miza tak dapat kawal gelak, mestilah ada reaksi pada tubuh kan bergerak-gerak. Kepala Miza tergerak dan terasa "papp!" bahagian tulang rahang. Memang berdesing sakit! Memang rasa rahang teralih sebab setiap kali nak bukak mulut akan terasa rahang berlaga.

Mula-mula memang sakit, tapi dah lama-lama okay je. Mungkin da adapt kot. Masuk pulak tahun 2016, Miza dah mula rasa sakit balik bahagian rahang. Ada satu haritu, Miza baru bangun tidur, ya Allah.... sakit gileeeeee bahagian rahang. Nak bukak mulut sakit, berdenyut-denyut. Nak makan susah, rasa nak menangis. Terus pergi klinik. Sakit bahagian rahang, kita akan diarah untuk consult di bahagian pergigian.

Miza cakap-cakap dengan doktor apa yang Miza rasa dan alami. Bayangkan la dari 2007 tapi 2016 baru rasa effect tu. Lepastu doktor suruh Miza bukak tutup mulut. Rupa-rupanya rahang Miza dah teralih. Bila bukak mulut, dagu akan bergerak ke kanan. Means rahang Miza problem la kan. So, doktor ada tunjuk satu exercise untuk betulkan balik rahang. Masa buat exercise tu, sambil tangan pegang pada satu 'point' kat rahang (tulang dekat depan telinga) memang terasa 'tap tap' berlaga.. Sakit weyhh... 

Doktor arahkan buat exercise dalam 15 minit bila bangun pagi dan sebelum nak tidur sebab waktu tu tisu rahang tengah lembut. So senang nak betulkan.

Alhamdulillah, sekarang dah okay. Kadang-kadang kalau kita tersalah tidur pun boleh buat rahang sakit tau.

Cara exercise yang doktor tu ajar pada Miza senang je.
1. Nganga mulut sambil pegang rahang dua-dua belah.
2. Lidah sentuh lelangit sambil tutup mulut
3. Ulang selama 15 minit.

Nota kaki: Buat depan cermin supaya boleh tengok rahang tu bergerak straight atau senget. Pastikan gerak straight je tau. Mula-mula buat memang akan sakit sebab nak betulkan kedudukan rahang tu.

Selamat mencuba!




Sumber rujukan
The Malaysian Medical Gazette; Apakah Sebab Sakit Rahang? – Dr Anis Ezrina Feb 2014
Kesihatan, Utusan Online; Sakit Sendi Rahang Mac 2014










No comments:

Post a Comment