Okay, so here how it goes...
Puas Miza duk fikir apa sepatutnya entry kali ni.. My second entry, though! Sambil ditemani lagu-lagu Radja (Kumpulan Indonesia; lagu ni zaman-zaman high school dulu weyh, tahun 2007 macam tu takde mp3 lagi. Kau dengar la pakai cd player yang besau gedabak tu hahahah. Thanks to Ina sebab bagi pinjam! Okay, habis dah throwback)
Nak diceritakan macam mana Miza boleh pilih aquaculture field as my degree. Masa tu tengah isi UPU, memang lost habis. Tak tahu nak tanya siapa. Konon-konon nak ambil dentist la, nutrionist la bla bla... Well, to be honest my SPM result bukan la hebat sangat which is taklah teruk sangat. Beshe-beshe je.... So, masa tu dateline dah nak tutup, nak taknak Miza pun google la "peluang pekerjaan yang diperlukan masa depan" ..... hahahah ko ghase? Result google tu memang keluar aquaculture. Miza pun bukan tahu sangat pasal aquaculture ni, memang zero tau! Buat research sikit, oh pasal ikan. Masa tu macam okay jelah kan sebab bapak Miza ada kolam ikan & udang. (Kononnya aku adalah basic sikit kan, eceh).
Jadi untuk course aquaculture tu ada 2 penempatan. 1 dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) & 1 lagi dekat Universiti Malaysia Sabah (UMS). Miza memang pilih dalam Malaysia je senang nak balik apa-apa hal nantikan, Ganu pulak pantai lawa-lawa huhu (I love beach!) Masa kelas pulak, ya Rabbi.... aku belajar apa ni???? hahahaha Genetic, Biochemist, Sains Tanah (tanah pun ada sains tau), Biostatistik.. Oh noo! Sumpah tak faham. Macam ada kaitan ke dohh? Orang belajar, Miza pun belajar jelah kan. Dah course wajib. Untuk semester 1 & 2 memang mencabar sikit sebab more to teori. Yang dah ada diploma perikanan/akuakultur mungkin la dah terdedah kan. Senang la sikit.
Masuk semester 3 ke atas, alhamdulillah semua okay. Cuma kena fokus dan rajin. Subjek-subjek yang belajar pun, all related to fish la for whole studies. Okay, aquaculture/akuakultur ni amende sebenarnya? Aquaculture/akuakultur ni lagi meluas pasal hidupan laut, research, breed, cara ternak, cara buat makanan ikan (pallet). Ohh bukan ikan je tau, hidupan laut tu termasuk la ketam, udang semua tu. Sumpah seronok belajar pasal ni sebab apa yang kita tahu just 'siang' ikan je nak buat masak. Tapi kita tak tahu pun yang kita boleh kacukkan ikan, do more research, buat eksperimen, tengok parasite dalam ikan/hidupan laut and many more la. Ilmu Allah ni luas tau. Pasal ikan pun orang study (kita lettew). Kalau takde ikan/hidupan laut, korang boleh ke makan ayam/daging je?
Ni pun doktor jugak tau. Pakai labcoat lagi tu. Doktor ikan!
Miza paling suka kalau ada lab. Kau boleh bergerak-gerak kesana-sini dalam makmal sambil buat eksperimen dalam group, sempat lagi membawang, usha crush hahahah.. Tiap kali habis lab kena buat report and mostly report by group la.. and bersedia la dapat ahli group yang suka copycat, yang tak buat kerja, kerja nak mudah je. Akan ada jugak certain member-member kau yang tip-top bab report, buat report memang complete! Btw, tu semua pandai-pandai la uruskan sendiri ye.
Contoh parasite. Jangan tanya nama sebab tak ingat dah hahah.. Ni sample parasite, kitorang kena determined and lukis, buat report semua la. Kalau ada subjek pasal parasite, uolls patut pilih subjek tu. Memang susah tapi sangat bagus kalau belajar.
Tak ingat dah subjek apa ni namanya. Tapi kerja kau memasak, buat nugget, fish fillet semua yang berkaitan dengan ikan la. Penghasilan produk daripada sumber ikan. Bestnye makmal ni sebab lepas masak, kau makan la hasil yang kau masak tu dengan group korang. Group Miza pernah menang sekali jelah dalam 1 semester tu.. okay what. Heheheh
Jangan risau, lelaki perempuan semua kena masak. Hahaha masa ni boleh lah usha crush korang. Pandai ke tak beliau masak. Alhamdulillah, crush Miza pandai masak. Sekarang dah jadi tunang Miza pun dah hehehe
Sorry, ni bukan over excited hokehh.. Ni sebab ada makhluk-makhluk yang suka kacau, sakat kitorang sebab kitorang ni jenis pemalu. Eceh! haha
Sampai ni jelah kot entry kali ni.. Taip panjang-panjang penat jugak setelah berehat lama. Last taip 24 hours masa buat thesis FYP dulu. Banyak lagi nak kongsi kisah menarik masa zaman belajar dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Nanti-nanti kalau rajin Miza share pasal rafting, minggu jalinan mesra umt (mjm), pergi thailand masa study under aquaculture, banyak lagi la.
Okbai.. Assalamualaikum